Friday, 11 February 2011

HATI YANG BERDUSTA


"Aku redha Allah sebagai tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku".

Kurun berganti kurun, abad berganti abad, tahun berganti tahun, bulan berganti bulan dan hari berganti hari. Rabiul Awwal datang dan pergi tanpa terus menunggu. Bulan yang penuh dengan sejarah dan tanda ingatan buat umat Islam seluruhnya; kelahiran baginda nabi Muhammad saw. Rahmat buat seluruh penghuni alam.

Bila menjengahnya bulan ini, maka berlumba-lumbalah pelbagai pihak memikirkan agenda terbaik untuk disajikan. Perarakan dari hujung kampung ke hujung kampung dan kisah sejarah nabi yang di ulang tayang setiap tahun, Tujuannya serupa. Melihat sebagai tanda luahan kasih dan cinta kepada baginda. Tetapi sejauh mana agenda yang disajikan mampu untuk mendidik hati untuk terus mencintai baginda?

Hakikatnya masih sama. Cinta bermusim. Ya. Mungkin itulah istilah yang tepat untuk digambarkan buat diri saya dan sebahagian daripada kita. Cinta dan rindu yang hadir tatkala tiba musimnya. Bercerita dan mengingatinya tatkala tiba waktunya. Berkobar dengan semangat perjuangan baginda yang hanya seketika.

Bak kata orang tua-tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut. Sebagai tanda cinta kepada sesuatu, mulut akan sentiasa menyebut-nyebutnya. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, rindu. Tanda rindu, sentiasa menyebutnya. Jadi, itulah seharusnya tanda cinta kita kepada Rasulullah saw. Banyak menyebut-nyebutnya (selawat).

Semoga bibir yang mengatakan cinta, tidak seiring bersama hati yang berdusta.


Sunday, 10 October 2010

Kita di kelompok mana?

kata-kata yg tenang..
tp sgt membakar jiwa..!
-->bhw org2 mukmin itu obsesi dunianya selalu menyatu dgn akheerat..!


Akhowat..jazakillah kasi pinjam buku neh..best2..!
(taujih ruhiyah by Abdul Hamid el-Bilali)
sgt tertarik dgn part tntg character2 orang yg berobsesikan kpd akheerat..
dan untuk mengenal pastinya, mereka memiliki 3 groups:

1-Group yang pertama(orang2 yang success)

-sgt mendominate kan diri mereka
-selalu bermuhasabah
-bekerja di dunia dengan kacamata akheerat dan mereka tahu yang actually dunia itu adalah "jambatan" menuju ke akheerat
-mereka yang mengelola dunia dan bukanya dunia yang mengelola mereka
-merasakan kematian itu selalu membekas di hati
-tak menjauhkan diri dari dunia + beserta isinya + tak menjauhkan diri dari manusia, kerana dia sangat clear dengan tugas mereka iaitu untuk memperbaiki diri + orang lain serta memanfaatkan seluruh kemudahan di dunia ini untuk tiba di akheerat dengan aman.. =)

2-Group ke dua (orang2 yang celaka)

-orang2 yang cinta dunia begitu menguasai mereka sehingga membuatkan mereka lupa secara totally dengan akheerat (..nauzubillah)
-tak pernah tahu bhw dunia itu adalah jambatan untuk ke akheerat
-meletakkan illah2 lain di hati mereka
-harta+ wanita +anak + status pekerjaan +makanan =tujuan mereka

3- Group ke tiga (orang2 yang berada dalam critical condition)

-orang2 yang tidak jelas statusnya
-tak ingin masuk ke group yang pertama ataupun yang kedua tapi dalam masa yang sama mahu menjadi character sebahagian dari kelompok pertama dan kedua.
-sekali waktu mereka menyembah syahwat mereka dan berperang untuknya dan sekali waktu lagi mereka menyembah Allah Taala dan obses dengan akheerat

p/s: So, diri...kamoo di kelompok yang mana?


***************

Hadiah buat para du'at :

"Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui... (as-Saaf:10 ,11)


*****************

Akhowat..terima kaseh atas reminding yang sangat membekas..
doakan terang2 atau diam2..
selamat tinggal semua..
semoga semuanya kerana Allah... =)




hari2 terakhir di
ardhul kinanah.
Saiyeda Zainab,Egypt.
10 Oct 2010

Friday, 8 October 2010

Non stop.


Kalau dulu berada di zon yang sangat selesa.
Biah solehah yang wujud daripada gerak kerja bersama.
Mendapat feedback dan kerjasama yang baik kepada setiap kebaikan yang dilakukan. Tak lah pening sangat untuk melihat orang sekeliling.

Naaaah....sekali kau keluar dari zon selesa itu untuk turunke bumi Malaya, hanya gelengan kepala yang mampu mengiringi tatkala berbagai bentuk jahiliyah yang menyambut kepulangan.

Medan yang sangat berbeza dan sangat menyesakkan.
Barangkali tiada nombor yang dapat mewakili betapa teruknya bumi Malaya hari ini. Dan betapa infinitinya jahiliyah yang berleluasa hari ini.
Apatah lagi dengan tenaga kerja yang sangat kekurangn untuk melawan jahiliyah yang sangat kuat.

Dan hakikatnya..itulah sunnatullah orang berjuang..tak selamanya berada di zon yg selesa.

Kalau nak fikir kan logik akal, logik ker Rasulullah yang telah berdakwah selama 23 tahun tapi effectnya , Islam itu boleh sampai 1400 tahun kemudian?

Tapi itulah realitinya yang telah berlaku dan sejarah telah mencatatkan dan membuktikanya.

Yuk..
non stop berusaha untuk terus dan terus berkhidmat dengan jalan ini..
kerna, sekali kau sudah memilih jalan ini..
ia tidak cukup sekadar hanya dengan memandang dan berdiam diri..
tapi..
kerana Allah sayangkan kita
Allah telah memilih kita..! (al-Hajj:78)
memilih untuk mencantas jahiliyah mereka dgn tangan2 kita..
utk menegakkan kalimah Lailaha illah di serata bumi-Nya ini.

dan sungguh..mereka sangat butuh kan kita..
dan yang paling penting
SYURGA DAN NERAKA mereka terletak di tangan kita..



p/s: Kita dah janji nak naik kan "graf" tu sama2 kan.. kita mau berjiran di syurga nanti kan.. =)

Thursday, 7 October 2010

demam rindu





3 bulan berlalu without us noticing the time. teringat waktu mula-mula jumpe dahulu, semua malu-malu. tapi yang paling kagum, sebab first time jumpe orang-orang yang sungguh matured dan tinggi. huhu 


dan sekarang, ramai dah pulang ke Malaysia. walaupun rasa sedikit pelik bila berjumpe di alam maya  kelak, orang yang sering diusik sudah tiada, namun jauh di sudut hati, hati ini mengerti orang di sana masih bersama kita, secara syu'urnya.. huhu indah kan ukhuwah ini.




alhamdulillah berkesempatan untuk bertandang ke rumah-rumah mereka yg sudah pulang. sangat best!! untuk yang masih di Morocco, ana suggest antum pergi lawat each other apabila sudah pulang for good nanti. kerana ukhuwah memanggil kita iAllah.




namun apa yang paling penting untuk sama-sama share di sini ialah, atas dasar apa dahulu kita berukhuwah. jom kita tanya diri masing-masing. adakah disebabkan kita ini berada di dalam satu rumah? atau satu course? atau satu Kenitra? atau satu Morocco? atau sebab kita ni Malaysian yang belajar di Maghribi (ecece ana cakap macam ana ni student Maghribi huhu)




anyway back to the point ya. again, i would like to ask. kenapa kita berukhuwah?? kalau atas semua sebab-sebab di atas, maka ukhuwah kita sudah putus lah. kan sudah balik Malaysia, makanya sudah tidak ada talian apa-apa sama kita kan? (do i sound like Indonesian? huhu - pengaruh rakan sebaya la ni huhu)




namun kalau ianya didasari ukhuwah fillah, kita akan tetap sama macam dulu. masih dihubungkan dengan doa-doa rabitah hati yang kita baca bergilir-gilir lewat halaqah kita, walau ana di sini, antum di sana. walau kita dipisahkan oleh lautan jauh berbillion batu (hehe). walau ada yang di Malaya, ada di Maghribi, ada di bumi peti sejuk ini.  




lalu hati ini mahu bicara kepada antum, bahawa sentiasalah mendoakan sahabat antum yang sudah pulang. tanyakan khabar tarbiyah mereka, kerana kita berukhuwah dahulu atas dasar itu, dasar aqidah bukan? 


  
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah bersabda "Seseorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia  mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" [HR Bukhari dan Muslim]




maka yang amat penting sekali tanyalah dia keadaan imannya, tarbiyahnya. sudahkah dia ketemu adik beradik   usrah yang baru? sudahkah dia menjumpai semula roh tanassuh dan tafakkur yang kita bicarakan dahulu? 






yuk, mari berusaha!! 3 bulan tidak ketemu buat hati ini sentiasa teringat antum. apa khabar ya? sudah gemuk kah? hehe (gurau je).. yuk, jom sama-sama menyambung apa yang telah kita buat dahulu. tarbiyah ini tidak pernah ada cuti inshaAllah. kalau la ada cuti, kasihanlah iman kita, amal kita. agaknya bagaimana pula khabar iman dan amal kita ya? 


  


cant wait to see all of you!!
demam rindu. hehe 

Saturday, 3 July 2010

seperti I.K.A.N




" Kita perlu seperti ikan, walau hidup dalam laut,  isinya tetap tawar " [IHAB]

biasa  sekali untuk kita tambah secubit garam untuk menggoreng ikan kembung, supaya menambah rasa masin kan??

begitu juga dengan IMAN. iman itu perlu tetap tidak berubah walau di mana tanah pun kita jejak, kawan mana pun kita gauli, dan suasana apapun kita berada.

jelas pada kita, iman kita perlu hidup. iman kita perlu seperti isi ikan. tetap tawar, tetap tidak berubah walau dalam laut masin. jadinya mudah untuk kita tercampak kat mana-mana, kita tetap mewarnai diri kita dengan warna Islam.

kita hidup di negara orang putih sekalipun, tetap kita kelihatan indah dengan warna Islam, imej Islam. lebih-lebih lagi di  negara yang majoritinya ummat Islam seperti Morocco, sepatutnya Iman kita meloncat naik kalau dilukiskan garafnye..


justeru, kita tetap tsabat...

tercampak ke laut, jadi pulau,
tercampak ke darat, jadi gunung
tercampak ke langit, jadi bintang.

dan tidak perlu risau untuk pulang ke Malaysia lagi :)) walau usrahmates sudah tiada di mata, kita perlu meneruskan pencarian iman..

Wednesday, 16 June 2010

Sampai Seru!

Alhamdulillah..

Alhamdulillah. Exam selesai, assignment da hantar. Separuh lega. (sebab lagi separuh simpan untuk natijah nanti :D )

Sekarang da cuti sambil2 tunggu natijah keluar. Ada jugak la risau kan..tapi mak da pesan, jangan takut2 sebab kita dah usaha. Then, SERAHkan sume kat Allah sambil BERSANGKA BAIK dan YAKIN dengan segala urusan Allah. Allah kan berada pada sangkaan hamba-Nya. Hadith qudsi riwayat Muslim:


"أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله"


Kalau baik, maka baiklah natijahnya..dan Allah memang Sangat Amat Baik! So, InsyaAllah kheir ye kawan2~;)

Cuma bila cuti ni, macam2 benda merepek la yang akan menyusul sama ada sedar atau tak, terkawal atau tak terkawal.

Sampai seru untuk seru diri sendiri! Aduh~

-Adakah amalan dalam tempoh exam sama dengan amalan selepas tamat exam?
Solat jemaah tak lepas takbiratul ihram pertama imam, tak sampai 15 minit azan berlalu, subuh tak gajah, ngaji tak tinggal..

-Adakah waktu cuti ni memang waktu untuk qada semua yang kita korbankan untuk study for exam aritu?
Tak tidur, tak tengok movie, tak main2..dan yang penting nanti lepas exam..."taknak usik buku dah!"

-Cukup ke kita sebagai pentarbiah diri sendiri dan "pentarbiah orang lain to be" dengan hanya menetap di rumah sendiri untuk salin nota penting dari akak usrah?
Tarbiah untuk diri sendiri perlu, tapi perlu keluar juga untuk cuba mentarbiah orang lain (dari attitude kite pun ok..sebab kadang2 tarbiah dari perbuatan lagi kuat dari percakapan :D) So, cuti2 ni elok gi keluar dari rumah test2 ape yang patut. Bila lagi nak jadik nafi3 li ghairihi kan..? =)


Kita sama2 aplikasikan apa yang akhawat Kenitra da setuju mase program Gaza aritu untuk membentuk kesatuan masyarakat muslim. Ada 4 perkara kan..
-belajar/usrah-kerja berjemaah-salam-ziarah-

Ya Allah, tolonglah berkati masa cuti kami, ilmu kami, perjuangan kami di jalanMu Ya Rabb. ٌ(Ada satu rasa yang macam tak best je sekarang.waaa~~)

{قال الله تعالى : {وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ


Untuk diri sendiri. Mintak jauh dari diuji.

(Jiwa sekarang amat serabut. Maaf bahasa tidak tersusun.)

Sunday, 13 June 2010

apa impian kita?


bila petang-petang begini
mata sudah berpinar
nak baca dah tak masuk kepala
aduh2!!

nak share,
sbb rindu! 
huhu

impian seorang adik 
walaupun fizikal kecil
thumuhat nya mantap!
subhanallah!!

thumuhat kita macam mana ya?
nk siapkan essay 10,000 ni je ke?
atau hadapi exam?
dan habislah degree saya
balik malaysia untuk cari kerja
beli kereta besar
beli rumah besar
pastu kahwin (hihi)
itu sajakah??

meh kita tengok
impian adik ni
nak share rasa jeles
dengan semua orang
jeles dan malu
dengan diri sendiri!!





qumfaanzir
terus dan terus dengar lagu ni
malu dengan diri 
moga kita tsabat~~